Sunday, March 27, 2011

Info -Kayu cengal

POKOK CENGAL
Kayu cengal

Cengal atau nama saintifiknya 'Neobalanocarpus-heimii' adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu. Kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

Pokok cengal dikenali sebagai cengai di Perak, manakala di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat dikenali sebagai penak. Thailand pula mempunyai pelbagai nama iaitu thakian-cha, takhian-chantamaeo dan chi-ngamat.

Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau panjang.

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan barnis.

Ooooo...
Patut laa kayu cengal nie mahal giler!!

Mak aiii...besor ler pokok dia !

No comments:

Post a Comment

Arts by Alisha and Aneesa.