Sunday, March 27, 2011

10 POLISI PENYUSUAN IBU OLEH WHO



10 langkah telah dibentangkan pada 1989 sebagai kenyataan bersama WHO/UNICEF dalam usaha Perlindungan, Promosi dan Sokongan Penyusuan Ibu - Suatu peranan istimewa dalam Perkhidmatan Perbidanan. Deklarasi Innocenti pada 1990 itu menyeru dunia untuk melaksanakan 10 Langkah ini secara menyeluruh di semua agensi perbidanan menjelang 1995. Dua dekad kemudian, lebih 152 negara telah mempunyai Rakan Bayi.

Mereka telah melaksanakan 10 Langkah dan dengan penambahan beberapa bahagian berkenaan dari Kod Tataetika Pemasaran Gantian Susu Ibu Antarabangsa, telah membantu untuk menghalang promosi susu formula kepada pengamal penjagaan kesihatan dan orang awam.

Setiap kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perbidanan dan penjagaan bayi baru lahir perlu :
  1. Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.
  4. Membantu para ibu memulakan penyusuan badan dalam masa setangah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan para ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi yang baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan disisi ibu (rooming in) - membenarkan ibu dan anak bersama sama selama 24jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk para golongan ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik 


Sumber : Harian Metro Klassifieds

No comments:

Post a Comment

Arts by Alisha and Aneesa.