Thursday, November 11, 2010

Ovarian cyst laa pulak..

Januari 2009.
Aku sakit perut lg. dalam hati, tuhan ajer yg tau betapa takut nye aku kalau2 aku ectopic lagi skali ..
Gi klinik , wat UPT test... alhamdulillah, negative....pahtu scan..doc kesan something...

Yang bulat hitam tu laa, something yg doc kesan tu.
 Doctor kata ovarian cyst.. Ya Allah...ade lagi cubaan yg Kau turunkan pada aku. Dalam masa yg sgt dekat, aku hadapi 3 dugaan berat berturut-turut. Baru sebulan lepas, aku operation sebab ectopic, skang cyst plak.. Kalu ikut doc, kena operate buang cyst tapi aku rasa dah tak mau masuk bilik OT lagi.. At last umi ajak aku g KL kat doctor Hamid Arsyat.. Abg takleh ikut sbb kebetulan abg outstesyen..

Kad Appointment ngan ubat2 yang Doc Hamid kasi

 Doc Hamid kata, insyaallah cyst tu tak kasi effek kesuburan..Yang penting, aku  tak perlu operate, dia kasi ubat kecut cyst..Lps jumpe Dr.Hamid, rasa tenang sket hati aku.. Aku memang takut nk pegnan lg... takut sgt2. Harap2 dlm masa terdekat nie, aku tak terpegnan... Rasa fobia selepas bermacam cubaan yg aku lalui.

Wednesday, November 10, 2010

What is that??

A week after laparoscopy, masa dlm toilet , ader something kuar masa aku nak buang air kecik.
Shock! Aper tu actually, i,m not sure.





Kalu tgk dari segi fizikal, dan aku related kan dengan aper yg pernah aku belajar, menda tu something like embrio.. Kalu diperhatikan betul2, macam ader 2 embrio.
Tu yg aku konpius tu. Aku baru seminggu operation, dan bile scan, doc cakap rahim dah clear. Kenapa doc tak nampak menda tu time scan?

Untuk lebih kepastian, aku gi klinik..Siap bawak menda tu skali.Biler doc tengok, doc ckp MUNGKIN selaput dalam rahim. Doc pun ckp MUNGKIN. Maknanya, doctor pun tak sure, ape benda nya tu..
Sampai skang, aku still wonder lagi..Sampai biler2 pun, persoalan tu tak mungkin akan terjawab. Hanya Allah Yg Maha Mengetahui. Kalau laa betul benda tu ada lah embrio, itu adalah kebesaran Allah. Scanner yg canggih pun tak leh jumpa menda tu dalam perut aku hari tu.. Tapi, kalu nampak masa scan tu, maybe citer lain plak yg akan timbul.

Dugaan lagi... Aku Ectopic Pregnancy

22 Oktober 2008
Hujung Oktober, sebulan lebih selepas miscarriage, aku alami sakit perut yg teramat sangat.. Sampai terpengsan.. Nak berjalan pun takleh.. Sakit yg tak boleh diexplain.teramat sangat..termasuk la jugak tangan , bahu, semer dah takleh angkat. Nak sentuh perut pun takleh..Then, bleeding sikit2. Aku sangka kan aku period lps DnC ari tu. Gi klinik Rofino, doc kata apendik.. Kena operate. Tapi naluri hati umi aku kata, bukan apendik.. Pahtu try g ngurut.. Balik dr ngurut, kuar darah merah cair.. Aku lega sket.. Aku ingat tu darah period..

10 Nov 2008..
Gi klinik Habibah.. Doctor mintak aku wat UPT... Aku rasa nak gelak je. takkan positif kot.. tapi kuasa Allah...Positif.. 

Clear nampak 2 line

Aper? Takkan aku pegnan..? Baru sebulan aku miscarriage.. Tapi bile scan, takder nampak pape..

11 Nov 2008..
Gi skali lg klinik... Doctor scan, cari gak smpi jumpe... Last2, dkt screen scanner tu, doc nampak something.. Tapi menda tu tak duduk dalam rahim.. Doc syak, kandungan luar rahim (Ectopic pregnancy) sbb UPT positif.. Doc refer ke spital besor..


12 Nov 2008..
Skali lagi aku jadi penghuni spital.. Biler di scan beberapa kali, konfirm aku ectopic.Baby terlekat kat tiub fallopio.. Sebelum ni aku tak penah amik tau pasal ectopic pregnancy, dengar pun tak penah... Kenapa aku terpilih utk lalui dugaan nie? Malam tu jugak aku di operate buat laparoskopi. doctor cakap kalu lambat2 takut nanti, tiub pecah..Keputusannye, sebelah tiub terpaksa dipotong dan diikat.. Ya Allah!! Ader lagi ke peluang buat aku untuk menimang anak sendiri? Soklan tu saje yg bermain2 dalam kepala aku.. Aku tau, nangis air mata darah skali pun, operation tetap akan dilakukan untuk selamatkan aku.. Kul 9mlm, aku masuk bilik operation..Masa tu abg baru on da way dr Paka. Umi n Cik Mah yg setia tunggu kat luar.. Dalam hujan lebat giler2, abg bergegas ke hospital.. Umi kata abg smpi spital dlm kul 12 mlm... Lebih kurang kul 1 am, aku kuar dr OT.. Umi teman aku smpi aku kuar ward.. Aku rasa down..putus asa untuk survive.. Aku tau berdosa aku kata gitu, tapi... hanya org yg berada di tempat aku sajer yg  faham.. Aku blom ader anak lg.. ader peluang lg ke? After operation,doctor cakap, tiub aku dah pecah sket...Nasib baik cepat, kalu tak,  mungkin something happen to me..

Dalam masa 2 weeks after laporoscopy, everyday aku akan wat UPT test. Aku takut ader 2 line lagi..



 Dalam minggu pertama lps operation tu, UPT test still lg ader 2 lines. Ini terjadi sebab masih ader lagi saki baki hormon benih yg bercantum ni.. Hampir 2 weeks jugak, baru laa UPT tu jadik satu line je.. Alhamdulillah.

Sejak dari hari tu, aku mula cari artikel about ectopic pregnancy...


Nie laa laparoskopi... Ari tu, aku kena macam nie laa untuk potong n ikat tiub tu.
Menurut kajian, somebody yg pernah ectopic pregnancy, peluang dia utk ectopic skali lagi sgt tinggi.. Ayat tu buatkan aku rasa fobia nk pegnan lg.. Takut, terlekat kat sebelah lagi.. Dah la itu satu2nye tiub yg tinggal..Semoga aku terus kuat nak lalui hidup ini.




ARTIKEL : Kehamilan Luar Rahim



uar rahimSalah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam salur fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy).
Tempat-tempat lain termasuklah ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin membesar di tempat yang tidak sepatutnya,ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Ini boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.Sebab itulah sangat penting untuk wanita mengenali gejala dan tanda awal kandungan luar rahim ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda.

Gejala dan Tanda

Tanda-tandanya agak sama dengan keguguran biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu perihatin dan menganggap ia sesuatu yang ringan. Tanda-tandanya ialah:
  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
Sekiranya gejala begini berlaku, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin.

Risiko untuk kehamilan luar rahim

Risiko yang paling penting yang menjurus kepada kehamilan diluar rahim ialah salur fallopian yang rosak. Anda berisiko tinggi sekiranya anda mempunyai keadaan dan pernah menjalani prosedur yang melibatkan salur fallopian. Jangkitan kuman dan surgeri pada pelvis meninggikan risiko anda untuk mendapatnya. Pembedahan ikat atau tubal ligation juga boleh menambahkan risiko mengandung luar rahim.
Lain-lain faktor yang meninggikan risiko anda termasuklah:
  • Sekiranya anda mempunyai kandungan luar rahim sebelumnya.
  • Sekiranya anda pernah mengalami radang pelvis
  • Sekiranya anda pernah mendapat rawatan kesuburan
  • Sekiranya anda mengalami endometriosis
  • Sekiranya anda mengamal IUD sebagai alat kontrasepsi.

Diagnosa

ecSekiranya anda mengalami gejala dan tanda (symptom) seperti di atas, doktor akan membuat beberapa ujian seperti ujian air kencing untuk mempastikan samada anda benar-benar hamil atau tidak. Sekiranya positif, ujian hCG akan dibuat dan membandingkan tahapnya dengan umur sebenar kandungan anda. Jika tahapnya rendah dari yang sepatutnya ada kemungkinan anda hamil di luar rahim.
Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pelvis dan cuba penilaian mana yang tidak normal. Ujian ultra-bunyi juga penting dan sekiranya terdapat tanda seperti pendarahan dan karung di luar rahim, berkemungkinan besar anda hamil di luar rahim. Walau bagaimanapun, kadang-kadang tanda-tanda ini tidak begitu jelas dan ini boleh memberi kepada diagnosa yang salah.

Rawatan

Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Harapan kehamilan pada masa depan

Ramai wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim bimbang tentang peluang untuk hamil secara normal terjejas. Sesungguhnya kehamilan luar rahim boleh meninggikan risiko untuk mendapat komplikasi yang sama pada masa hadapan. Tetapi ramai juga di antara wanita ini yang berjaya hamil seperti biasa dan mendapat anak setahun selepas itu.
Sekiranya sistem peranakan rosak dengan teruk, samada disebabkan oleh kehamilan di luar rahim atau pembedahan untuk merawatnya, kesuburan anda mungkin terganggu. Berbincanglah dengan doktor anda tentang peluang anda untuk hamil.

Aku miscarriage :(

Ogos 2008.. 
akhirnye aku disahkan pegnan ,setahun lima bulan slp aku sabar menunggu berita gembira nie..
Sape tak hepi, dah setahun lebih menunggu.. 

Alhamdulillah
  Masa nak wat UPT tu, dup dap dup dap aku rasa.. Takut frust.. Lama gak tunggu, baru laa jadi 2 line. Lega n hepi.. Macam tak caya.. Then, bgtau abg.. pahtu g klinik nak konfirm.. 6weeks..

Aku sangka panas tak hujan2 tapi nampak gaya nye mendung jugak lps tu guruh kilat campur hujan, bulan poser 2008, aku bleeding.. g klinik Raihan, doc ckp maybe miscarriage tapi doctor kasi surat refer ke spital beso.. Malam tu jugak ajak abg blk kg. Sepanjang malam aku menangis. Kenapa aku gugur? Aku baru je rasa bahagia bile tau ader nyawa dlm perut aku, tapi Allah dah ambik nye semula.Pagi esoknye g spital.. Warded.. Confirm miscarriage.. Doc kasi choice nak wat DnC ke nak biar keluar sendiri? Aku pilih.... wat DnC...   Aku pasrah.

My Big Day

Huh... 
3 tahun dah berlalu, tapi tak salah rasanya aku baru nak cerita about my big day. 10 Mac 2007, aku jadik isteri orang dah rupanya.. Isteri kepada Syed Ahmad Sobri b Tuan Zuber.. Aku tinggalkan segala kenangan2 yg pernah aku lalui bersama ex2 boifren aku dulu2.. kwang..kwang..kwang... Semoga aku bahagia hingga akhir hayat dan insyaallah dikurniakan anak2 yang soleh..







Thursday, November 4, 2010

Intro

Salam..

Today 3rd Nov 2010,i start with something new. Being blogger. Haha. 
Huh.. akhirnye aku berjaya wat blog sendiri...
Walaupun agak lewat and ketinggalan, tapi aku bangga sebab aku just try and error. Tup2 ...jadi laa satu blog yang agak sempoi. Next time, aku touch up.... 

Just want to abadikan moment-moment yang aku lalui whole my journey of life dalam online diary ni..
Dah lama berangan nak wat blog tapi takder masa nak stadi  camne nak wat blog.. timer kasih pada zizi yg dah sanggup ajar aku wat blog ni.. Lps ni aku kena cari masa lagi untuk explore camne nak touch up blog nie supaya jadi lagi cunn.. Biasa ar, wat slow2.. Aku ni bukannye kpale hotak komputer sgt... stakat nak taip2 tu, bleh laa.
 Ok chow..

Arts by Alisha and Aneesa.