BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 19, 2012

Tips Tanam Rumput Hiasan

BLOOMMM SIAPPPP





Memilih jenis rumput untuk ditanam di halaman rumah bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat banyak jenis rumput di pasaran. Antara yang popular ialah rumput mutiara, rumput karpet dan rumput lembu (cow grass). Saya bukanlah pandai sangat tentang ilmu landskap ni tetapi hasil dari sedikit pengalaman didapati rumput karpet dari jenis Philipine adalah yang paling mudah ditanam, tahan lasak dan mudah penjagaannya berbanding dengan jenis-jenis rumput yang lain.


Rumput mutiara
Rumput mutiara memang cantik dan tidak perlu dipotong kerana ia sentiasa pendek tetapi penjagaannya agak cerewet. Air dan baja mesti mencukupi agar ia terus subur dan hijau.







Cow grass
Cow grass (rumput yang biasa ditanam di padang-padang sekolah) pula seakan-akan rumput mutiara tetapi ia mudah panjang dan perlu dipotong sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau tak.. akan jadi padang ragutla nampaknya sesuai dengan namanya rumput lembu.














Rumput karpet Jepun
Rumput karpet pula ada banyak jenis, antaranya ialah jenis Jepun, Taiwan dan Philipine. Jenis Jepun mahal sikit berbanding Philipine tetapi bentuknya lebih halus dan cantik.. dari segi penjagaan pun lebih cerewet berbanding Philipine.





Rumput  Philipine
Jenis Philipine memang senang nak tanam dan senang penjagaannya.
Philipine grass boleh dibeli dengan harga yang murah di Sg Buloh. Ia berharga antara RM1.30 hingga RM1.50 sekeping (2 X 1 kaki). Kalau bernasib baik boleh dapat RM1.00 sekeping.
Tapi area Paka, paling murah RM3.50 sekeping..




Cara tanam: sebaik-baiknya tutup rapat semua kawasan dengan kepingan rumput yang dibeli. Jadi, tak perlulah nak tunggu lama untuk rumput tu membiak dan menjalar untuk memenuhi seluruh kawasan. Pada peringkat awal kenalah siram dengan jumlah air yang secukupnya agar ia tidak layu dan mati.





Persediaan sebelum menanam rumput:

ratakan dahulu tanah, buang benda-benda yang merbahaya seperti sisa-sisa binaan yang lazimnya dibuang oleh kontraktor binaan. Cara yang terbaik ialah korek dahulu kira-kira setengah kaki dalam dan masukkan tanah baru. Lepas tu tutup dengan pasir halus dan sembur dengan racun rumpai yang dicampur dengan serbuk racun benih cambah. Tujuannya ialah untuk membunuh benih-benih rumput liar yang kita tidak kehendaki. Kalau tak, rumput liar akan tumbuh lebih cepat dari rumput hiasan kita. Kemudian letak kepingan rumput. Pastikan air sentiasa mencukupi terutama sebelah petang kerana ketika itu cuaca lebih panas dan kering. Setelah rumput hidup iaitu setelah daunnya mula menghijau jangan lupa tabur baja.. tanyalah kedai baja tentang jenis baja yang sesuai digunakan.

Philipine Grass ni memang mudah dijaga. Kalau rumput ni dah hidup kadang-kadang sampai 3 hari tak siram pun ok lagi. Saiznya pula tak akan menjadi terlalu panjang..Apa yang perlu diambil perhatian ialah rumput-rumput liar yang tumbuh dicelah-celahnya, kita kena cabut sendiri rumput-rumput liar ni agar ia sentiasa kelihatan cantik dan menarik. Selamat Mencuba!!

0 comments: