Monday, October 3, 2011

Bersabarlah menghadapi ujian

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.


Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.


Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:
[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.




Ciri Manusia Yang Sabar
Manusia yang sabar ialah mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan segera ingat kepada Allah, dengan berkata, "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un," bahawa hidup kita ini secara keseluruhannya adalah hak milik mutlak Allah - apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah. Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.
Para 'ulama mengingatkan bahawa sabar itu mestilah berlaku pada pukulan pertama, iaitu ketika mula-mula musibah melanda. Bukannya seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar, barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata, "Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."
Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut walaupun dilanda kesusahan.
Apa pula bentuk khabar gembira itu? Pertama khabar gembira itu datang dalam bentuk selawat daripada Allah, iaitu mendapat keberkatan daripada Allah dan keampunan dari dosa-dosa.
Kemudian datang pula rahmat Allah melimpahi mereka. Sa'id ibn Jubayr rahimahullah, seorang tokoh Tabi'in mengatakan bahawa rahmat itu ialah pelindung daripada siksa azab neraka. Dan akhirnya mereka adalah orang yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah. Orang yang mendapat petunjuk pula akan mendapat ganjaran yang banyak kerana mereka mengikut petunjuk Allah.



Abu Salamah Dan Ummu Salamah
Ada satu kisah menarik yang perlu kita soroti. Siapa yang tidak kenal akan Abu Salamah dan isterinya, Ummu Salamah, radiyallahu 'anhuma. Kedua-duanya adalah antara sahabat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam yang terawal memeluk Islam. Mereka berdua adalah antara pasangan yang sangat bahagia, namun ditentang oleh suku kaum mereka kerana mereka memeluk Islam. Suku Makhzum adalah antara puak yang terkenal sangat kuat menentang Islam di Makkah.
Pada awalnya, kedua-dua Abu Salamah dan Ummu Salamah berhijrah ke Habsyah. Kemudian tatkala timbul seruan hijrah ke Madinah, bersiap-siaplah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anak mereka Salamah untuk berhijrah ke Madinah. Abu Salamah hanya memiliki seekor unta, maka dia terpaksa berjalan dan membiarkan isteri dan anaknya menunggang unta.
Malang sekali di pertengahan jalan, kaum keluarga mereka telah mengejar dan menahan mereka. Unta Abu Salamah dirampas, manakala Ummu Salamah dibawa pulang oleh keluarganya ke Makkah manakala keluarga Abu Salamah pula mengambil anak mereka Salamah kembali ke Makkah jua. Akhirnya Abu Salamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, dan terpisahlah ketiga-tiga mereka.
Setiap hari, Ummu Salamah akan kembali ke tempat mereka dipisahkan dan mengenangkan suaminya di Madinah dan anaknya yang dijaga oleh keluarga suaminya di Makkah. Lebih kurang setahun ketiga-tiga mereka hidup terpisah sehinggalah akhirnya Ummu Salamah dan anaknya dibebaskan.
Dengan semangat yang kuat, Ummu Salamah membawa anaknya, Salamah yang masih kecil untuk ke Madinah. Bayangkan seorang wanita dan anak kecilnya ingin berjalan jauh menuju ke pangkuan suami berseorangan semata-mata kerana ingin menjaga agamanya!
Ummu Salamah tidak mahu berlengah kerana takut suku kaumnya akan merubah fikiran dan kembali menahannya dan memisahkannya dari anaknya. Lantas dia memulakan perjalanan, dan sesampainya di Tan'im, penjaga Kaabah - Uthman ibn Talhah yang masih belum memeluk Islam berpendapat bahawa tidaklah patut Ummu Salamah dan anak kecilnya dibiarkan berkelana ke Madinah tanpa ditemani lelaki. Maka dia berjanji kepada Ummu Salamah bahawa dia akan membawa mereka ke Madinah.
Akhirnya bersatulah kembali Ummu Salamah dan suaminya, Abu Salamah. Percintaan suami isteri ini sangatlah kuat, sehingga dikatakan pada suatu hari, Ummu Salamah berkata kepada suaminya bahawa dia (Ummu Salamah) mendengar daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam bahawa sekiranya kedua-dua suami isteri dapat masuk syurga, maka si suami akan kembali bersama isterinya jika isterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya; begitu juga isteri akan bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya mati.
Lantas Ummu Salamah meminta suaminya agar mereka sama-sama berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang mereka mati dahulu agar dapat bersama-sama kembali di syurga. Tetapi suaminya, Abu Salamah berkata, sekiranya dia (Abu Salamah) mati dahulu, dia mahu isterinya berkahwin lagi. Lantas Abu Salamah berdoa kepada Allah, andai dia (Abu Salamah) mati dahulu, kurniakanlah kepada isterinya seorang suami yang lebih baik darinya. Begitu hebat cinta dan kasih sayang kedua-dua suami isteri ini.
Pada peperangan Uhud, Abu Salamah mengalami kecederaan teruk. Ketika masih dirawat isterinya, Abu Salamah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam memberitahu, sesiapa yang ditimpa bala musibah, hendaklah dia menyebut istirja' (Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un), dan berdoa, "Ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik." Akhirnya Abu Salamah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, dan tinggallah Ummu Salamah bersama anak-anak mereka di Madinah.

Ummu Salamah, tatkala teringat kembali akan kata-kata suaminya, sering melafazkan istirja' dan doa tersebut. Cuma dia seringkali tidak dapat meneruskan lafaz 'berilah ganti yang lebih baik', dan jika disebut juga lafaz tersebut, dia akan terkenang kerana baginya siapakah lelaki yang dapat menjadi suamu yang lebih baik daripada Abu Salamah. Segala kesusahan yang pernah mereka alami tatkala mula-mula memeluk Islam, ditambah dengan kebahagiaan mereka di Madinah menguatkan lagi rasa cinta Ummu Salamah kepada suaminya. Namun akhirnya berkat doa Ummu Salamah tersebut Allah mengurniakan Ummu Salamah seorang suami yang akhirnya diakui lebih baik dari Abu Salamah. Siapakah lelaki itu? Tidak lain daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri.

Lihat sahaja ujian yang melanda Ummu Salamah. Ujian apakah yang lebih berat daripada kehilangan insan-insan tersayang yang banyak pula menempuh suka duka kehidupan bersama di jalan Allah. Namun Allah tetap memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar.

Dipetik dari :
- Artikel iluvislam.com

Sunday, May 8, 2011

Aduiii... sakit nye lutut Lisha

29 April 2011


Sebenarnya, dulu penah jugak lutut Alisha melecet sebab merangkak. Tapi takder laa teruk macam nie.
Ditambah plak dengan Alisha yang slalu garu tempat sampai berdarah luka tu. Mungkin gatal kot.

Keadaan lutut Alisha. Nampak pun dah sakit+pedih. Apa tah lagi Alisha yang kecik lagi tu.
Tengah sakit-sakit tu pun, Alisha still lagi aktif bergerak sana sini. Tapi Alisha pandai. Masa merangkak, lutut yang sakit tu, di angkat. Biler tengok Alisha merangkak terhinjut2, merangkak senget sebelah. Aku rasa macam nak nangis. Sedih sangat.. Tak sampai hati tengok. Terus aku terfikir. Macam mana ader orang yang sampai hati tergamak mendera budak kecik, yang tergamak buang baby... Kat bawah ni ader video aku rakam.

Time nak merangkak, diangkatnya sebelah lutut yang sakit tu
Sedih aku tengok
Aktif jugak walau tengah sakit lutut
Video time alisha pulun jugak merangkak walaupun lutut sakit. Aku rasa nak nangis tengok. Tersentuh hati .


Semoga cepat laa baik lutut Alisha. Dah letak ubat gamat ngan ubat sapu dari klinik .

Hepi Besday my luvly dotter...Sharifah Alisha Qaisara

23 Mac 2011

Setahun yang lalu, di tarikh ini, jam 3.15am, aku selamat lahirkan my  baby. Alhamdulillah, my Alisha dah setahun rupanya. Cepat betul masa berlalu.. Syukur juga, my Alisha dikurniakan Allah kesihatan yang baik. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk aku melalui hari2 aku sabagai seorang ibu yang membesarkan anak2, yang menyaksikan sendiri perkembangan anak aku dari hanya tahu untuk minum susu dan tido kemudian, meniarap, merangkak, bertatih, dan bla..bla.. alangkah bahagia nya.

Hari pertama

Meniarap (4month)
Merangkak (7month)
Berdiri sambil berpegang (10month)



Dah boleh pegang sebelah tangan je (year 1)
Hepi besday sayang!
Semoga menjadi anak yang soleh, yang cerdik, yang sentiasa membahagiakna mommy dan abah.
Tahun nie, takder birthday party untuk alisha memandangkan Alisha belum pandai jalan2 lagi.
Next time, insyaallah.

Day 1 - 23 Mac 2010
Day 366 (23 Mac 2011)

Alisha kena bisul !! Sean nye..

28 April 2011

Semalam, masa nak sikat rambut alisha, ader rasa bonjol katkepala belakang telinga. Alaa... alisha naik bisul laa. Kesian betul. Nasib baik kena kat tepi. Kalu kat tengah-tengah kepala, mau nye tak leh nak baring.

Bisul kecik lagi. Baru nak jadik.
'mata bisul'.. nampak ke?
uhuk...uhuk... mommy, sakit nye bisul nie. Alaa...sedih nya tengok lisha nangis.
Aku ader bagitau babysitter alisha.Pastu dia ada kasi tepung tawar yang dia punye masa dia kena bisul gak ari tu.. Aku taakal je letak kat alisha.. Seminggu lepas tu, bisul lisha pecah. Tak sempat nak amik gambar. Then alhamdulillah terus surut bisul tu. Tak sangka plak. Kecik2 dah kena bisul.. Watever, itu satu pengalaman baru buat aku.

Tuesday, April 19, 2011

Nyum! Nyum! Menu : Roti Gardenia+Susu Mommy :)

13 April 2011

Ari nie nak try wat menu baru utk Alisha.
Roti Gardenia + semesti nya susu mommy yg yummi yummi laa. :)

Ini dia bahan utama nya. Mangkuk, roti dan susu mommy yg yummy yummy

Amik susu yg dah di perah dari peti sejuk. Rendam ngan air suam.
Amik roti sket, masuk dalam mangkuk
Campur susu yang dah suam-suam kuku tu dalam mangkuk yang letak roti tadi
Tadaa...siap untuk dimakan.
Mommy...cepat laa. lisha nak lagi
Lisha suap sendiri laa.
Sampai comot-comot muka!
Tak mo dah. Lisha dah kenyang :)

Wednesday, April 13, 2011

Jika Dia Sudah Tiada....

Sebuah perkahwinan itu adalah ibarat ‘the union of two souls’ atau ‘the joining of two people’ atau ‘2 becomes 1’ dsb lagi.  Allah s.w.t. telah menjadikan setiap manusia itu untuk hidup berpasang-pasangan. Kalau ada Adam, adalah Hawanya, betul tak? Setiap insan yang sedang mencari pasangan hidup sentiasa mengharapkan agar dia akan mendapat yang terbaik, walaupun tidak ‘perfect’. Hey, there’s no such thing as a perfect man/woman, right?

Happy couple


Anyway, setelah melangsungkan perkahwinan, sudah tentulah kita semua akan mengharapkan agar rumahtangga yang dibina akan sentiasa kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tetapi iyelah… setiap pasangan tidak akan terlepas dari diuji dengan pelbagai dugaan dalam rumahtangga mereka. Itulah asam garam hidup berumahtangga sebenarnya. Lagikan lidah sendiri pun boleh tergigit, kan… apatah lagi suami isteri…… :-)
Fighting ...
Kadang-kala akan berlaku bermacam-macam perselisihan faham di dalam rumah tangga. Mungkin masalah timbul dari segimiscommunication misalnya, ataupun sifat pentingkan diri sendiri. Kengkadang tue kita mungkin akan berasa terlampau marah dengan si isteri/suami hinggakan tidak ingat dah apa pengorbanan mereka pada kita selama hidup bersama. Dan kengkadang tue mungkin jugak kita bersikap acuh tak acuh pada pasangan kita. Misalnya, time si isteri nak berbual-bual, time tu jugaklah si suami sedang asyik duk layan PS3.

Kita jugak tak menghargai kewujudan mereka as our better half… Ada jugak sesetengah pasangan yang dah lama mendirikan rumah tangga, nak say ‘I Love You’ pun dah naik muak… Tetapi, you all ada terfikir tak pada satu hari nanti, JIKA orang kesayangan anda ini sudah tiada lagi?

- Siapa yang akan menjaga makan minum anda?
- Siapa yang akan membebel jika anda tidak menjaga kesihatan diri?
- Siapa yang akan suapkan makanan bila anda sakit?
- Siapa yang akan membantu ketika anda dilanda masalah?
- Siapa yang akan memeluk anda dan membisikkan kata2 cinta di telinga anda?
- Siapa yang akan ber-sms atau menelefon untuk bertanyakan khabar?
- Siapa yang akan berkongsi kegembiraan dan memberi semangat apabila anda berasa murung?
- Siapa yang akan menemani/berbual dengan anda jika anda sunyi?
- Siapa yang akan memeluk anda dengan erat jika anda kesejukan di waktu malam?
- Siapa yang akan mendengar luahan hati anda?
- Siapa yang akan temani anda sewaktu hari tua nanti?

Cinta sampai ke tua...:-)

Sedari ataupun tidak, sebenarnya terlalu banyak peranan yang dimainkan oleh pasangan hidup kita. Setiap hari bersama akan meninggalkan kenangan suka duka di dalam kehidupan. Jika hari ini anda berasa marah atau terkilan dengan sikap si dia, esoknya… apa kata anda lupakan saja perasaan amarah itu dan carilah ruang kemaafan di hati anda. Bersabar dengan segala dugaan dan hargailah pasangan anda semasa dia masih ada di samping anda and never take your partner for granted. Jangan pulak you all menyesal satu hari nanti kerana gagal menyebut ‘Saya sayangkan awak sepenuh hati’ … walaupun peluang itu sudah berjuta kali terpacak di depan mata…

Nyesal tak sudah........
You only live once…. so make the best of it.


Dipetik dengan izin dari blog "setelkawin.com"

Bersuara lah Sayang!

Suamiku, Bicaralah..Please!

"Aku geram , ditanya apapun jawabnya hanya "he emm" atau paling banyak hanya "terserah saja" ataupun cukup sekadar senyum saja.. Itulah beberapa curahan dari para isteri yang merasa sangat geram dengan perilaku para suami mereka yang sangat pendiam dan benar benar menjadi Mr. No Comment. Banyak topik yang menurut mereka, best dan boleh menjadi bahan discussion yang menarik , tapi hanya berakhir dengan jawapan dari sang suami, " iya" dan atau ayat simple " terserah". Bahkan ada yang mungkin hanya cukup dengan senyuman.

Memang tidak mengherankan bila kejadian seperti ini akan sedikit membuat isteri geram. Hal ini kerana, wanita memang seringkali mengungkapkan perasaan mereka dengan lebih banyak bercakap dan berekpresi, sedangkan para suami cenderung lebih banyak mengamati dan memberikan respon secukupnya.
Memang ada sebahagian peribadi yang telah dikurniakan Allah untuk berkarakter pendiam. Namun bukan bererti peribadi yang pendiam tidak boleh berkomunikasi. Mungkin dari kebanyakan para suami, diam juga merupakan sebuah bahasa dan bentuk komunikasi mereka, tentunya hal itu adalah salah satu jenis bahasa yang unik sebagai pengungkapkan banyak hal dengan cara yang berbeza.

Jika anda mempunyai  suami yang pendiam, jangan buru buru membahaskan  semuanya hanya berdasar selera atau perasaan atas sebuah  komunikasi.
Namun ingatlah tentang suami yang merupakan pemimpin yang harus tetap di hormati sekaligus amanah untuk kita jaga. Cara terbaik untuk mendapatkan kedamaian adalah berdamai dengan keadaan, kerana pernikahan adalah bukan tentang  mengubah seseorang, tapi adalah tentang melengkapinya. pernikahan juga bukanlah tentang siapa yang lebih dominan, namun bagaimana kita menjadi dua peribadi yang boleh saling mengisi.
Terimalah suami seadanya dengan kelebihan dan kekurangannya. Kalau anda tak dapat melakukannya demi suami, lakukan saja sebagai bentuk ketaatan kita kepada Allah. Jika kita boleh berprasangka baik tentang orang lain, lalu mengapa tidak dengan suami?. Siapa yang dapat membaca niat hati seseorang, mungkin diamnya para suami adalah demi kebaikan kita. Mereka mungkin  ingin membahagiakan kita dengan cara "unik", hasil kreativiti alami dari mereka sendiri.
So, untuk para suami, diam bukan bererti tidak boleh berkomunikasi apalagi sampai acuh tak acuh. Memang ada sebahagian wanita yang perlu ekstra energi untuk menahan diri dari berekspresi dan bercerita tentang sesuatu. Jika anda tidak mau atau tidak tahu bagaimana cara menghadapinya, cukuplah  menjadi pendengar yang baik. Wanita senang sekali didengarkan ketika bercerita, sama halnya dengan anda yang merasa dihargai ketika dilayani dengan baik oleh isteri. Isteri akan merasa bahawa suami mereka ada di saat dia perlukan dan sudi menjadi pendengar setia dari cerita yang diutarakan, walaupun anda memiliki karakter pendiam.
Dan untuk para isteri, walaupun suami adalah seorang yang pendiam, namun komunikasi insyaallah akan tetap berhasil selama kita mampu mengerti  tanpa harus melibatkan emosi. Berkomunikasi bukan bererti bercakap dengan  pasangan dengan ribuan kata-kata. Cukup fahami suami dan bicaralah dengan hati .Dalam komunikasi yang penting adalah bicara dari hati ke hati. Komunikasi bukan bererti kita bicara,dan semua akan terselesaikan atau kita dapatkan yang kita mau.

Dipetik dari website "Hadith.Net"

My First BF Journey.

Ari nie, aku renungkan semula, macam mana bermula nya my BF journey.
Sebetul nya, sepanjang pegnan, aku tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas di sudut hati kecik aku nie, aku nak fully breastfeeding.. Mungkin disebabkan faktor, aku tak pernah di'expose' tentang ape itu fully bf, camne nak buat, gadget2 pun aku tak tau. Mungkin jugak disebabkan aku berada di Terengganu yang mana tak banyak kedai2 berkaitan bf. Aku selalu baca majalah Pa&Ma, tapi aku tak terbukak hati pun. Cuma ader satu artikel yang  buatkan aku pernah terdetik berangan nak buat stok susu...(aku takkan lupa artikel tu, siap ada gambar stok2 susu yg banyak dlm peti ais, guna botol susu MLO)
Sweet jer kaler  botol2 tu. Tu yang teringain nak guna jugak tu. :)
Kemas jer biler disusun dalam freezer + sweet biler combined kaler biru + pink tu (Pic: Ehsan GOOGLE)
Tapi masih lagi tak terlintas nak fully bf...Tapi aku cuma kata dlm hati aku, "kalu aku ditakdirkan dapat anak, aku nak beli gak botol susu macam tu. Comel biler disusun banyak2.. hehe" Lagipun masa artikel tu keluar, aku tak nampak bayang lagi pun nak pregnan.

Tahun 2010, Alhamdulliah...Sebaik sajer aku lahir kan my little dotter, Alisha, nurse kat spital tu dah paksa aku bf baby.. Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Biasa laa hospital gomen. Time tu aku nak marah pun ader kat nurse tu. Ye laa. Aku dah laa tak rasa pun nak fully bf, tambah pulak aku tak reti pun nak pegang baby. Susu pulak tak berapa nak ader masa hari pertama  tu. Cuma, aku bertuah sebab, sejak 6 month pegnan, actually susu dah mula kuar biler dipicit. Mungkin Allah nak bagi signal kat aku, supaya aku lagi bersemangat nak bf. Tapi aku manusia biasa. Tak rasa aper2 pun masa tu.

Di akhir2 pregnancy time aku, aku bertemu kawan yg betul bersemangat bile bercerita tentang BF ni. Kak Zana nama dia. (Tenkiu K.zana). K.zana banyak kasi dorongan dan semangat pada aku untuk fully bf my baby bile dah lahir nanti. Dan K.Zana turut meng'offer'kann diri dia untuk tolong aku beli aper sajer gadget berkaitan bf. Sampai begitu skali semangat nya K.Zila bila  bercakap psl bf. My hubby kat mana?? Tak support ke

First day, My Alisha lahir, aku terpaksa picit my breast untuk kuar kan beberapa titik susu. Bayang kan sepanjang hari, dari subuh sampai tengahari, my baby yg baru beberpa jam menjengah dunia tu, tak minum aper2 lagi. Aku tertekan jugak. Then, bile tengah hari waktu melawat, bile umi ngan my MIL datang, baru laa aku cuba picit "B" utk kasi susu kat baby. Tu pun letak dalam sudu. Dapat laa 2/3 titik. Siap mintak my mum beli susu FM petang tu sebab susu aku  tak der.
1st day- Kasi susu guna sudu. Tu pun terpaksa picit cik 'B'. Dapat laa 2/3 titik.
Hari kedua, dah start mengurut. Panggil sorang bidan kampung nie, urut2 seluruh badan selepas bersalin. Alhamdulillah, lepas mengurut,  susu kuar mencurah-curah. Sampai tak larat nak pump. Selalu je cik 'B' bengkak.

Waa...Waa...Uhuk...Uhukk...

13 Nov 2010 (Day 236)

Sajer jer aku snap pic my Alisha yg tengah menangis.. Kesian ader, comel pun ader.. Hehe..
Jom, tengok..

Waa...Waa.. Bersemangat betul Alisha nangis. :)

Baru berenti nangis. Ala..cean nya.

Meleleh ayaq mata.. kui..kui..

Muka macam marah jer...:)


Tuesday, April 12, 2011

Nyum! Nyum! Menu : Sup

11 April 2011

Ari ni alisha makan nasik + sup..

Nasik + sup + sayur
Sebelum nie, kasi sikit2 jer. Bukan aper. Alisha nie tak leh makan sebarangan, allergik.
Alhamdulillah, dia serasi dgn sup..

yummi... yummi..

Lisha nak suap sendiri ar.
Dengan sudu2 skali, lisha makan. hehehe
Burpp...Dah kenyang .


Arts by Alisha and Aneesa.