Thursday, January 19, 2012

Lisha dah boleh berdiri takyah pegang2 lagi. (1y1m)

1 year 1 month

Akhirnye, alisha berjaya berdiri sendiri tanpa pegang ape2.
Tapi takleh wat step lagi kalu tak pegang.
Tak ape laa. Janji ader perkembangan terbaru.
Ape yang aku nampak, alisha tak confident/ takut2 nak lepas tangan dia..
 Chaiyok Alisha!

Aaaa...baahhh.. (1y2m)

1 year 2 month.

My dearest  Alisha dah pandai sebut abah.. kakak (walaupun bunyi nye 'tatak').. Tapi nape laa susah nye nak sebut  mommy.. :)
Aku excited dengan perkembangan terbaru Alisha. Tak sabar nak tunggu Lisha dah pandai bercakap nanti. Lisha pun dah bleh ikut aper yang kita sebut, aper yang kita buat.
Setiap hari , aku tak sabar menanti setiap perkembangan otaknya. Luv umy dearest dotter.. Be gut girl ok!

Alisha : 1year 2months old

Tips Tanam Rumput Hiasan

BLOOMMM SIAPPPP





Memilih jenis rumput untuk ditanam di halaman rumah bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat banyak jenis rumput di pasaran. Antara yang popular ialah rumput mutiara, rumput karpet dan rumput lembu (cow grass). Saya bukanlah pandai sangat tentang ilmu landskap ni tetapi hasil dari sedikit pengalaman didapati rumput karpet dari jenis Philipine adalah yang paling mudah ditanam, tahan lasak dan mudah penjagaannya berbanding dengan jenis-jenis rumput yang lain.


Rumput mutiara
Rumput mutiara memang cantik dan tidak perlu dipotong kerana ia sentiasa pendek tetapi penjagaannya agak cerewet. Air dan baja mesti mencukupi agar ia terus subur dan hijau.







Cow grass
Cow grass (rumput yang biasa ditanam di padang-padang sekolah) pula seakan-akan rumput mutiara tetapi ia mudah panjang dan perlu dipotong sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau tak.. akan jadi padang ragutla nampaknya sesuai dengan namanya rumput lembu.














Rumput karpet Jepun
Rumput karpet pula ada banyak jenis, antaranya ialah jenis Jepun, Taiwan dan Philipine. Jenis Jepun mahal sikit berbanding Philipine tetapi bentuknya lebih halus dan cantik.. dari segi penjagaan pun lebih cerewet berbanding Philipine.





Rumput  Philipine
Jenis Philipine memang senang nak tanam dan senang penjagaannya.
Philipine grass boleh dibeli dengan harga yang murah di Sg Buloh. Ia berharga antara RM1.30 hingga RM1.50 sekeping (2 X 1 kaki). Kalau bernasib baik boleh dapat RM1.00 sekeping.
Tapi area Paka, paling murah RM3.50 sekeping..




Cara tanam: sebaik-baiknya tutup rapat semua kawasan dengan kepingan rumput yang dibeli. Jadi, tak perlulah nak tunggu lama untuk rumput tu membiak dan menjalar untuk memenuhi seluruh kawasan. Pada peringkat awal kenalah siram dengan jumlah air yang secukupnya agar ia tidak layu dan mati.





Persediaan sebelum menanam rumput:

ratakan dahulu tanah, buang benda-benda yang merbahaya seperti sisa-sisa binaan yang lazimnya dibuang oleh kontraktor binaan. Cara yang terbaik ialah korek dahulu kira-kira setengah kaki dalam dan masukkan tanah baru. Lepas tu tutup dengan pasir halus dan sembur dengan racun rumpai yang dicampur dengan serbuk racun benih cambah. Tujuannya ialah untuk membunuh benih-benih rumput liar yang kita tidak kehendaki. Kalau tak, rumput liar akan tumbuh lebih cepat dari rumput hiasan kita. Kemudian letak kepingan rumput. Pastikan air sentiasa mencukupi terutama sebelah petang kerana ketika itu cuaca lebih panas dan kering. Setelah rumput hidup iaitu setelah daunnya mula menghijau jangan lupa tabur baja.. tanyalah kedai baja tentang jenis baja yang sesuai digunakan.

Philipine Grass ni memang mudah dijaga. Kalau rumput ni dah hidup kadang-kadang sampai 3 hari tak siram pun ok lagi. Saiznya pula tak akan menjadi terlalu panjang..Apa yang perlu diambil perhatian ialah rumput-rumput liar yang tumbuh dicelah-celahnya, kita kena cabut sendiri rumput-rumput liar ni agar ia sentiasa kelihatan cantik dan menarik. Selamat Mencuba!!

Decking taman

9 February 2011,

Macam tak percaya.. Decking dah ader kat depan mata..
Hasil ilham aku sendiri yang telah direalisasikan oleh tukang2 tuu...
Aku puas walaupunn...
walaupunnnn fulus dah makin kurang... kwang...kwang...kwang....

Pergola kayu + atap genting

BLOOMMM SIAPPP









Halaman luas tak seberapa. Tapi aku berangan gak nak wat pergola. Mesti naik seri lanscape kami nanti.. hehe...Anyway there was still space for a pergola and we decided to have one.



The site before the stucture was erected.



Tapi, kitorang still berkira2 nak letak atap genting ke, atap polycarbonate...
Ongkosnya, kalu nak jimat, guna atap genting.. Setelah dicampur tolak darab bahagi, lastly we all decide nak guna atap genting je.. Jimat gak 4/5 ratus hinggit..



This is how it looks from one end. my wife Fatthiyah has placed her flower pots around and some were hang on the beams. Soon we will be planting some grape plants to crawl on top of the rafters. I heard that there are marcotted grape seedlings available in Kota Bharu on Friday morning.
All in all it cost us less than RM2,000 to have this structure to decorate our garden.
The next project will be a wooden wakaf to sit beside the pergola. That project will come in October.
Who says pergolas are expensive to build?

Welcome my dearest GAZEBO @ WAKAF !



29 January 2011,

Wakaf aku dah siap.. Tak sabar nak tengok  dia duduk dalam kawasan umah aku yang tak berapa nak besar tu..




 Kawasan depan umah yg sekangkang monyet yg dah di clearkan oleh  my hubby then  dilevelkan dgn pasir.

Nie tempat yang paling strategik nak letak wakaf tu. Bawah pokok cermai jiran sebelah yang turut meneduhkan area rumah aku.. Aku tumpang sekaki je.. hehe..

Lebih kurang kul 10 am,Vroomm... lori pun sampai. Oleh sebab wakaf aku ni kecik je, muat laa dalam lori ni yang dah siap dipasang. Tinggal lagi nak pasang atap je laa..




 Proses nak angkat wakaf tu turun dari lori..


Larat ke tidak tuu? 6 orang termasuk tokey dia skali (yang baju orange tu.).. Satu, dua tiga, angkattt!




Chaiyok! Dah dekat nak landing dah tu..
Siap sedia dengan alat2 nak wat kijer




Pasang kekuda untuk atap wakaf




Akhir sekali, susun atap plak..


Baru je separuh pasang atap, hujan pun turun. huhu.. Terpaksa stop. Sambung lagi esok, kata nya.

Projek Rumput Carpet - Part I

Tak sabar nak start projek tanam rumput. Sekurang-kurangnya, hati tenang sket bile halaman bertukar hijau..
Kitorg nak tanam sendiri rumput ni.. Baru laa ader sentimental value nya. Oleh sebab, tak berapa pro, jadi untuk permulaan nie, kitorg decide just tanam rumput kat ruang yg sempit dulu. At least, kalau rumput tu mati, tak laa rugi sangat.

Ape-ape hal pun, kena clear kawasan rumah dulu..
First skali, gi nursery beli rumput. Pegi Rohana Nursery. Kitorang beli Rumput Philipine, lebih tahan lasak. Kebetulan, ari tu, rumput tu ader cukup2 je utk keluasan kawasan yg kitorg nk tanam tu. Harga sekeping RM 3.50 (1" x 2 ").. Beli 65 keping. (65 x RM3.50 = RM227.50)

Sleeping pose :D

Alisha : 3 months old

60 hari berlalu...
Aku pun dah habih cuti bersalin . 22 May 2010, dah mula masuk kijer.
Abang still lagi kat Bintulu.
So, first week aku kerja, aku decide nak tinggal dulu Alisha kat kg.
Uhuk....uhukkk...

Sehari sebelum aku balik ke Paka dan tinggal kan Alisha kat kampung.


Nasib baik stok susu banyak. Insya Allah, cukup lagi utk seminggu.

Stock EBM yg ku tinggal kan utk my baby Alisha.. Lebih kurang dalam 28 bottles.

Sepanjang aku kat Paka, banyak jugak EBM yg aku collect, sampaikan storage bottle pun dah tak cukup . Terpaksa guna bekas dadih.. huhuu...

Macam rugi space je sebab aku letak 2 oz each bekas.
27  May 2010.
Yahoo, ari nie Khamis. Lps skolah, terus balik kg, tumpang kak Yus..
Rindu kat baby Alisha.

7 months old ... ALISHA

Pejam celik pejam celik, my precious, Alisha dah pun masuk 7 months.. Alisha dah pandai merangkak.

Taman Sri Limbong 2 ... Here we come!

Gut Bye Taman Indah Permai...Kami dah nak pindah

Home Sweet Home...finally ours

Saat berpantang.. (60 days kat kampung)

Seminggu selepas aku lahir kan Alisha, abg tetiba kena gi outstesyen kat Bintulu, Dua bulan setengah.. Mak aii.. Lama tuu.. Sedih nya sebab, abg tak bleh melalui saat2 aku berpantang bersama2. Makna nya abg tak leh rasa cam ne susah senang masa berpantang. rugi nyer !

Alisha: Dari day 2 hingga day 8

 Aku berpantang kat kg aku sendiri.. Dalam masa berpantang ni laa aku sempat korek ilmu breastfeeding, ilmu jaga baby.. Alisha sihat, alhamdulillah. Tak banyak ragam nye.. Nangis pun, kalu lapar je.. Senang jaga Lisha, mungkin sebab Lisha tahu abah kena selalu outstesyen..Lisha tak moh laa mummy susah sorg2 jaga Lisha.:) Cuma, dua bulan pertama ni, Alisha selalu je termuntah balik susu yg diminum.. Risau aku di buatnye. Tapi kalu ikut doctor, itu perkara normal bagi baby sebab  salur pemakanan baby belum terbuka dgn sempurna lagi. . Burp pun, tak penah. Cuma hari ke 20, aku terdengar Lisha burp buat pertama kali nye. hehe..

Alisha : Day 17 hingga Day 40

Operasi clear kan halaman rumah

"Gembiranya dalam hati, dapat duduk umah sendiri, tak sabar nak operasi, halaman rumah ini" (tukar lirik lagu P.Ramlee..hehe)

Biasa laa umah baru. Penuh dengan hutan rimba.Nyamuk pun lagi suka laa wat pesta.. Jadi, abang mulakan operasi  clear dulu kawasan umah. Aku tak leh tolong sangat sbb kena jaga Alisha..

Area belakang umah, memang dah jadik belantara dah..
Abang ajak member dia join skali tolong. Nasib baik! Kalu tak, penat jugak abg sorang2.

Kawasan tepi, yg dah clear..

Kawasan tepi sebelah lagi pun dah clear

Tadaa... nie dia kawasan yg tadi nya hutan belantara,  skang dah cun hasil titik peluh my hubby. hehe..

Nie pun, area belakang rumah.
Kitorang bernasib baik sebab tanah kat sini subur sangat.
Lebih2 lagi, kalu hujan, cepat aje rumput nak tumbuh balik..
Belakang ni, next time, bleh wat edible garden  a.k.a  taman sayur2 nie.. huhu..


Pasir untuk layer paling top kat atas tanah tu.
Akhir skali, semua kawasan, kitorang letak pasir sungai sebagai persediaan untuk kitorg tanam rumput nanti..

Monday, January 2, 2012

MY DREAM

Tahun nie, aku dah 31 tahun.
Alhamdulillah, sebahagian impian aku 10 tahun lalu, berjaya aku laksanakan.
Antaranya,

i) Aku dah berkahwin
2) Ada at least seorang anak
3) Ada rumah dan kereta sendiri
4) Aku dah berjaya menrealitikan impian aku untuk ader taman di sekeliling    rumah termasuk ada sebuah gazebo untuk lepak2.

Syukur, atas kurniaan Mu.

Untuk 10 tahun akan datang, impian aku..
i)  Aku harap, allah kurniakan aku at least seorg lagi anak sbg penghibur hati
ii) Aku dapat memiliki kereta yg lebih besar.
iii) Aku ader wang simpanan at least RM70k
iv) Aku dah setel segala hutang2 personal loan, hutang kereta Viva.
v)  Aku teringin nak tunaikan Umrah.
vi) Aku terror  memasak

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Tahun dah barganti lagi. Cepat betul masa berlalu.
2012..
Maknanya aku dah makin tua laa. Dah 31 tahun. Macam tak pecaya je.

Terlalu banyak dan terlalu hebat dugaan yang aku alami sepanjang tahun 2011. Sebagai manusia biasa, aku tak dapat fikir, apakah hikmah di sebalik semua nie.
Namun, aku bersyukur pada Allah, kerana memberikan aku pertolongan dan kekuatan yang luar biasa untuk aku hadapi segala-galanya.. My daughter is everything for me. Alisha sumber kekuatan aku sehingga aku boleh bertahan.
Tak pernah terlintas di fikiran aku, yang aku akan melalui dugaan seperti tu.

Besar harapan aku, semoga aku dapat mengecapi sedikit kebahagiaan dalam kehidupan aku tahun ini. Biar lah awan mendung berlalu pergi bersama2 kesakitan dan penderitaan aku selama tahun 2011 yang lalu. Semoga sinar kebahagiaan itu akan muncul jua biar pun lambat. Dan semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Arts by Alisha and Aneesa.