Wednesday, November 10, 2010

Dugaan lagi... Aku Ectopic Pregnancy

22 Oktober 2008
Hujung Oktober, sebulan lebih selepas miscarriage, aku alami sakit perut yg teramat sangat.. Sampai terpengsan.. Nak berjalan pun takleh.. Sakit yg tak boleh diexplain.teramat sangat..termasuk la jugak tangan , bahu, semer dah takleh angkat. Nak sentuh perut pun takleh..Then, bleeding sikit2. Aku sangka kan aku period lps DnC ari tu. Gi klinik Rofino, doc kata apendik.. Kena operate. Tapi naluri hati umi aku kata, bukan apendik.. Pahtu try g ngurut.. Balik dr ngurut, kuar darah merah cair.. Aku lega sket.. Aku ingat tu darah period..

10 Nov 2008..
Gi klinik Habibah.. Doctor mintak aku wat UPT... Aku rasa nak gelak je. takkan positif kot.. tapi kuasa Allah...Positif.. 

Clear nampak 2 line

Aper? Takkan aku pegnan..? Baru sebulan aku miscarriage.. Tapi bile scan, takder nampak pape..

11 Nov 2008..
Gi skali lg klinik... Doctor scan, cari gak smpi jumpe... Last2, dkt screen scanner tu, doc nampak something.. Tapi menda tu tak duduk dalam rahim.. Doc syak, kandungan luar rahim (Ectopic pregnancy) sbb UPT positif.. Doc refer ke spital besor..


12 Nov 2008..
Skali lagi aku jadi penghuni spital.. Biler di scan beberapa kali, konfirm aku ectopic.Baby terlekat kat tiub fallopio.. Sebelum ni aku tak penah amik tau pasal ectopic pregnancy, dengar pun tak penah... Kenapa aku terpilih utk lalui dugaan nie? Malam tu jugak aku di operate buat laparoskopi. doctor cakap kalu lambat2 takut nanti, tiub pecah..Keputusannye, sebelah tiub terpaksa dipotong dan diikat.. Ya Allah!! Ader lagi ke peluang buat aku untuk menimang anak sendiri? Soklan tu saje yg bermain2 dalam kepala aku.. Aku tau, nangis air mata darah skali pun, operation tetap akan dilakukan untuk selamatkan aku.. Kul 9mlm, aku masuk bilik operation..Masa tu abg baru on da way dr Paka. Umi n Cik Mah yg setia tunggu kat luar.. Dalam hujan lebat giler2, abg bergegas ke hospital.. Umi kata abg smpi spital dlm kul 12 mlm... Lebih kurang kul 1 am, aku kuar dr OT.. Umi teman aku smpi aku kuar ward.. Aku rasa down..putus asa untuk survive.. Aku tau berdosa aku kata gitu, tapi... hanya org yg berada di tempat aku sajer yg  faham.. Aku blom ader anak lg.. ader peluang lg ke? After operation,doctor cakap, tiub aku dah pecah sket...Nasib baik cepat, kalu tak,  mungkin something happen to me..

Dalam masa 2 weeks after laporoscopy, everyday aku akan wat UPT test. Aku takut ader 2 line lagi..



 Dalam minggu pertama lps operation tu, UPT test still lg ader 2 lines. Ini terjadi sebab masih ader lagi saki baki hormon benih yg bercantum ni.. Hampir 2 weeks jugak, baru laa UPT tu jadik satu line je.. Alhamdulillah.

Sejak dari hari tu, aku mula cari artikel about ectopic pregnancy...


Nie laa laparoskopi... Ari tu, aku kena macam nie laa untuk potong n ikat tiub tu.
Menurut kajian, somebody yg pernah ectopic pregnancy, peluang dia utk ectopic skali lagi sgt tinggi.. Ayat tu buatkan aku rasa fobia nk pegnan lg.. Takut, terlekat kat sebelah lagi.. Dah la itu satu2nye tiub yg tinggal..Semoga aku terus kuat nak lalui hidup ini.




ARTIKEL : Kehamilan Luar Rahim



uar rahimSalah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam salur fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy).
Tempat-tempat lain termasuklah ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin membesar di tempat yang tidak sepatutnya,ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Ini boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.Sebab itulah sangat penting untuk wanita mengenali gejala dan tanda awal kandungan luar rahim ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda.

Gejala dan Tanda

Tanda-tandanya agak sama dengan keguguran biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu perihatin dan menganggap ia sesuatu yang ringan. Tanda-tandanya ialah:
  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
Sekiranya gejala begini berlaku, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin.

Risiko untuk kehamilan luar rahim

Risiko yang paling penting yang menjurus kepada kehamilan diluar rahim ialah salur fallopian yang rosak. Anda berisiko tinggi sekiranya anda mempunyai keadaan dan pernah menjalani prosedur yang melibatkan salur fallopian. Jangkitan kuman dan surgeri pada pelvis meninggikan risiko anda untuk mendapatnya. Pembedahan ikat atau tubal ligation juga boleh menambahkan risiko mengandung luar rahim.
Lain-lain faktor yang meninggikan risiko anda termasuklah:
  • Sekiranya anda mempunyai kandungan luar rahim sebelumnya.
  • Sekiranya anda pernah mengalami radang pelvis
  • Sekiranya anda pernah mendapat rawatan kesuburan
  • Sekiranya anda mengalami endometriosis
  • Sekiranya anda mengamal IUD sebagai alat kontrasepsi.

Diagnosa

ecSekiranya anda mengalami gejala dan tanda (symptom) seperti di atas, doktor akan membuat beberapa ujian seperti ujian air kencing untuk mempastikan samada anda benar-benar hamil atau tidak. Sekiranya positif, ujian hCG akan dibuat dan membandingkan tahapnya dengan umur sebenar kandungan anda. Jika tahapnya rendah dari yang sepatutnya ada kemungkinan anda hamil di luar rahim.
Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pelvis dan cuba penilaian mana yang tidak normal. Ujian ultra-bunyi juga penting dan sekiranya terdapat tanda seperti pendarahan dan karung di luar rahim, berkemungkinan besar anda hamil di luar rahim. Walau bagaimanapun, kadang-kadang tanda-tanda ini tidak begitu jelas dan ini boleh memberi kepada diagnosa yang salah.

Rawatan

Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Harapan kehamilan pada masa depan

Ramai wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim bimbang tentang peluang untuk hamil secara normal terjejas. Sesungguhnya kehamilan luar rahim boleh meninggikan risiko untuk mendapat komplikasi yang sama pada masa hadapan. Tetapi ramai juga di antara wanita ini yang berjaya hamil seperti biasa dan mendapat anak setahun selepas itu.
Sekiranya sistem peranakan rosak dengan teruk, samada disebabkan oleh kehamilan di luar rahim atau pembedahan untuk merawatnya, kesuburan anda mungkin terganggu. Berbincanglah dengan doktor anda tentang peluang anda untuk hamil.

4 comments:

  1. Asalamualaikum..saya pun rasa apa yang akak.rasa,,sebb saya pun tinggal 1 lagi tiup..saya masih lagi menunggu hingga kini..terlalu pahit utk.di telan tapi hakikat nya ini lah yang terjadi..sekearang da masuk 3 thun da berlalu saya masih tak.hamilll...

    ReplyDelete
  2. Saya percaya Allah itu maha adil. Ada sebab sesuatu perkara itu trjadi.. Moga kalian dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  3. Semoga sis tabah tempuhi dugaan ini. insyaAllah ada rezeki suatu hari nanti sis juga akan menjadi seorang ibu

    ReplyDelete
  4. Semoga sis tabah tempuhi dugaan ini. insyaAllah ada rezeki suatu hari nanti sis juga akan menjadi seorang ibu

    ReplyDelete

Arts by Alisha and Aneesa.