Wednesday, April 6, 2011

Puisi : Terima lah Dia Seadanya- Part III

Terimalah Dia Seadanya....
 
wahai suami.... renungkanlah,
perkahwinan itu menyingkap tabir rahsia...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia KHADIJAH,
tidaklah setaqwa AISYAH, juga tidak setabah FATIMAH.
justeru... isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita untuk menjadi isteri SOLEHAH.
perkahwinan itu mengajar suami isteri kewajipan bersama.
isteri menjadi TANAH, dan kamulah LANGIT penaungnya.
isteri LADANG tanaman, dan kamulah PEMAGARnya...
isteri adalah MURID, dan kamu adalah GURUnya,
seandainya isteri tulang yang bengkok, kamulah yang meluruskannya.

perkahwinan menginsafkan kita,
betapa perlunya IMAN dan TAQWA.
untuk belajar meniti SABAR dan REDHA kerana ALLAH SWT.
kerana kamu tidak akan memiliki isteri TERHEBAT seperti dalam mimpimu..
justeru kamu akan tersentak dari alpa kerana kamu bukanlah
RASULULLAH SAW dan bukan juga SAIDINA ALI r.a,
kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi suami yang SOLEH.....

wahai isteri.... renungkanlah,
perkahwinan itu menyingkap tabir rahsia...
suami yang menikahimu tidaklah semulia RASULULLAH SAW,
tidaklah setaqwa NABI IBRAHIM a.s , apatah lagi setampan NABI YUSUF a.s.
justeru... suamimu hanyalah lelaki di akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang SOLEH.
perkahwinan itu mengajar suami isteri kewajipan bersama.
suami menjadi PELINDUNG, dan kamulah PENGHUNInya.
suami menjadi NAKHODA, dan kamulah PENGEMUDInya...
sekiranya suami BISA, kamu PENAWARnya,
seandainya suami BENGIS dan LIDAH LANCANG berkata, kamulah PENYABAR untuk memperingatkannya.

perkahwinan menginsafkan kita,
betapa perlunya IMAN dan TAQWA.
untuk belajar meniti SABAR dan REDHA kerana memiliki suami tidak SESEMPURNA mana,
justeru kamu akan tersentak dari alpa kerana kamu bukanlah
KHADIJAH yang begitu sempurna menjaganya,
bukanlah HAJAR yang begitu setia dalam sengsara,
kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi isteri SOLEHAH.....

wahai suami isteri.....
janganlah menuntut terlalu tinggi,
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...
mengapa mendambakan isteri sehebat KHADIJAH, andai diri tidak semulia RASULULLAH SAW?
tidak perlu isteri secantik BALQIS, andai diri tidak sehebat SULAIMAN.
mengapa mengharapkan suami setampan YUSUF andai kasih tidak setulus ZULAIKHA?
tidak perlu mencari suami seteguh IBRAHIM andai diri tidak sekuat HAJAR dan SARAH.

'setiap insan punya kelebihan dan kelemahan, terimalah diri seadanya...'

~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~


"Dipetik dengan izin dari http://shahliza94.blogspot.com"

No comments:

Post a Comment

Arts by Alisha and Aneesa.