Saturday, February 12, 2011

Welcome My Lil One

23 Mac 2010

Hello world !!



17 Mac 2010, due date aku berlalu begitu je. Takder rasa sakit aper2. Aku still kat kampung sebab cuti sekolah tapi abg dah balik paka. Weken, abg balik kg semula dan terus sambung cuti sebab aku dah kena warded. Selepas 4 hari aku menahan kesakitan, dan selepas 3 ari aku warded kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, dan setelah 6 hari ter'over due', akhirnya saat yang aku tunggu tiba jugak. Syukur Alhamdulillah, Allah dah beri peluang kepada aku untuk lalui saat2 itu..

Aku di bawak ke labour room dlm kul 9 malam. Time tu, abg still lagi kat rumah..Dalam kul 10 pm,air ketuban di pecahkan, aku aku tak der laa rasa sakit sgt lepas tu, cuma rasa air yg mencurah2 keluar. Aku mintak nurse kat labourroom tu panggil abg masuk.. Dan abg sentiasa di sisi sehingga my baby selamat keluar.. Dalam kul 12 mlm, aku diberi ubat tahan sakit dan kesannya,aku mengantuk sgt dan tertido. Aku tak tau ape yg berlaku sampai laa aku terdengar suara yang suruh aku teran. Masa tu, aku mengantuk dan dahaga yg teramat sgt. Mintak air, tapi diorg kasi 2/3 titik je. Diorag ckp, masa nak teran tak leh minum air. (aku tak tau plak, nape). Aku tak sure berapa kali aku teran. Aku tak larat nak teran sebab terlalu mengantuk. Agak mencabar jugak laa. Akhirnya, 23 Mac 2010, tepat jam 3.15 am, baby aku menjengah dunia. Aku berjaya deliver normal dan abg saksikan sendiri process itu. Abg bgtau, dapat girl.. Alhamdulillah. Abg cium aku dan azankan baby. Pastu aku tertido lagi. Masa aku dijahit pun, aku tak rasa sakit sgt sbb tgh ngantuk. yg aku ingat nurse kat situ tanya, nak minum air tak. Aku cakap nak air milo. Dapat laa aku minum hilangkan dahaga tadi.



So introducing to everybody...
Sharifah Alisha Qaisara binti  Syed Ahmad Sobri
Born on 23/03/2010 at 3.15 AM via normal delivery
Weight at 2.25kg and lenght is 44cm
Hospitan Sultanah Nurzahirah K.Terengganu


Dalam kul 6.30 am, aku di bawak keluar dari labour room masuk ke wad. My mum ngan MIL ader tunggu aku dari mlm tadi.. Abg gi tido dalam kete.









Buat pertama kali, aku dapat lihat, macam mana rupa sebenar uri. Aku ingat uri ni kecik je. Rupa-rupanya........... besar jugak.

Ini laa rupanya uri. (uri Alisha)

Uri yang di bawak balik dari hospital, umi aku basuh dulu bersih2. Pastu umi tanam bawah pokok nyior

Sebelum tanam, umi cakap petua orang tua2 , kena letak garam sket. (Kalu tak silap laa). :)

No comments:

Post a Comment

Arts by Alisha and Aneesa.